Sahabat...
dalam menjalani hidup ini,
kita sering tersasar dari jalan kebenaran..
kerana kelalaian kita,
jasad kita jadi mangsanya...
keseronokan yang dicari selama ini,
hanya memulangkan kedukaan...
cahaya yang dicari selama ini,
rupanya hanyalah silauan semata..
permata menyinar disangka cahaya,
rupanya hanyalah kilauan kaca kepura-puraan,
jalan yang disangka lurus,
rupanya berbengkok dihadapan...
setitik air mata yang jatuh,
selimpah kekeliruan membanjiri hati..
sekilas pandangan kesempurnaan,
rupanya topeng kepalsuan semata..
sahabat...
bukan harta yang kuingini.,
bukan kecantikan yang ku pinta,
bukanlah kesempurnaan yang ku tagih,
bukan jua pujian yang ku cari darimu...
aku hanya ingin kau tunjukkan padaku,
apa itu keindahan,
apa itu kemuliaan,
apa itu kasih sayang,
jua apa itu kepercayaan...
ku hanya inginkan bimbingan darimu...
aku inginkan tunjuk ajarmu...
aku hanya ingin kau tunjukkan apa itu kasih ilahi
serta jua mendamai jiwaku yang resah ini
sahabat...
bukan godaan duniawi,
bukan ajakan kedalam kegelapan,
bukan mempengaruhi aku kepada kejahilan yang aku pinta darimu..
tidakkah kau mampu melihat,
sepasang mataku,
melihat dirimu,
dengan harapan kau mengerti
gelodak jiwa ku
meronta mencari kasih ilahi...
aku kedahagaan ksihnya..
siramilah aku dengan alunan quran,
bacaan hadis,
dan jua sunah...
sahabat..
Pimpinlah aku untuk mengenal ilahi..
peganglah tanganku,
genggam lah erat bahuku,
jangan sesekalim kau lepaskan aku kelembah kemurkaan allah...
seandainya,
kau tidak mampu berbuat begitu...
jangan lah kau jatuhkan aku,
kejurang kelalaian dan kemaksiatan,
kerna aku tak cukup kuat untuk itu....
ya allah..
kurniakanlah hambamu ini,
seorang peneman,
seorang sahabat yang dapat bersamaku,
merebut kasihmu,
mencari indahnya kasihmu,
bersama bersujud untuk memohon keredhaan,
jua bersama bercita-cita untuk mati syahid dijalanmu..
serta jua bersama bermujahadah dijalanmu...
sahabat..
maafkan aku terlalu mengharap..
aku terlalu inginkan kau bersamaku,
mengiringiku dalam perjalanan ku ini,
perjalanan mencari redhanya...
aku hanya ingin kau jadi hamba yang soleh..
aku hanya ingin kau mengiringiku,
kesyurga firdausi...
sahabat..
aku tak sanggup melihatmu,
tak sanggup memandang kau dalam kejahilan,
aku tak mampu
membiarkan kau begitu...
harapanku hanyalah,
kau dapat jadi muslimah yang sejati,
anak yang berbakti,
jua insan yang luhur...
maafkan aku kerna tidak mampu melihat
kau melanggar ketentuan ilahi,
menguji takdir yang maha esa..
sahabatku...
kita insan yang istimewa,
kita ciptaan yang begitu indah,
dicipta dengan sebaik-baik kejadian,
jangan lah kau lupa padanya,
jangan lah kau jadi insan yang tidak bersyukur,
janganlah kau permainkan ketentuannya,,
aku tak sanggup melihat kau didalam dunia hayalanmu..
mata ku begitu segan memandang zahirmu,
akhlak mu,
kata-katamu...
andainya aku mampu membimbingmu,
andainya aku mampu menasihati mu,
andainya jua aku dapat menghalang mu dari mencemarkan maruahmu..
kau begitu suci,
tapi mngapa mesti mencemarkannya dengan noda dan cela,
sahabatku,
sambutlah tangan ku,
kau insan teristimewa,
pulang lah pada jalan ilahi,
yang penuh kebahagiaan,
marilah kita bersama membina benteng yang teguh,
seteguh akar yang sentiasa mencengkam tanah untuk mempertahankan pohon daripada rebah..
sujudlah pada maha esa,
rendahkanlah pandangan mu,
labuhkanlah pakaianmu,
lembutkanlah kekerasan hati mu,
sahabatku,
jangan lah kau melengah,
aku takut aku tak punya kesempatan,
untuk memimpinmu dalam perjalanan ini,
kerna nyawa ku tidaklah selamanya akan terus
didalam jasadku,
sebelum mata tertutup,
sambutlah tanganku,
kita bersama mencari redhanya,
berkorban deminya,
berjuang deminya..
jua bercita-cita maut dijalannya..
marilah kita menjadi serikandi agama,
yang memperjuangkan maruah agama tercinta,
bukan serangga perosak jua virus
yang lama kelamaan menodai agama
yang kelamaan melecurkan diri sendiri...

No comments:
Post a Comment