Engkau yang ku kasihi..
Setiap kali ku lihat wajahmu,
semakin ku yakin diriku tidak lagi bermakna bagimu..
setiap kali melihat senyumanmu,
semakin ku yakin bahawa senyuman itu bukan lagi untukku..
setiap kali ku melihatmu,
semakin ku merasa diriku tidak lagi disayangi olehmu..
adakah rasa dihatiku ini,
hanyalah bayanganku,
atau,
ianya adalah kenyataan,
sebuah kenyataan yang pahit untuk ku terima,
aku tidak lagi kuat untuk berhadapan denganmu,
aku tak lagi yakin untuk mendekatimu,
apabila langkah kaki ini kian menghampirimu,
bagai ada satu suara yang membisikkan
bahawa aku bukanlah lagi untukmu,
bukan aku benci,
bukan jua aku tidak suka,
tapi,
aku sedar bahawa setiap ruang dihatimu,
bukanlah untukku lagi...
maafkan diri ini,
kerna aku tidak mampu berada disampingmu,
seperti dahulu,
aku tidak lagi mampu untuk menerbitkan secangkir senyumanmu..
maaf jua kerna aku hanya mampu melihat dirimu,
memandang hanya dengan ekor mataku,
menjagamu dari kejauhan ini,
memastikan kau sentiasa gembira hanya dari jauh...
aku tak ingin lagi melihat kau sedih,
bahkan,
melihat airmata yang bertakung di tubir matamu jua aku tak sanggup....
jika kau ada insan yang lain,
aku akan sentiasa redha,
kerna aku tidak mampu menggembirakanmu,
mungkin jua aku tidak sehebat penggantiku..
selama ini aku tidak pernah menzahirkan rasa kasihku,
malahan membelamu jua aku tidak mampu,
tapi,
sekeping hati inilah yang sentiasa sedia berada disisimu,
hati ini jualah yang resah apabila melihat kau kesedihan,
sepasang mata inilah yang sentiasa memerhatimu agar kau sentiasa selamat
mungkin rasa sayang ini terlalu besar hinggakan aku tidak sanggup lagi melihat semua ini,
maafkanlah aku kerna mengundurkan diri,
aku hanya inginkan kau bahagia dengan insan pilihanmu,,,
cukuplah penantianku selama ini,
kerna aku tahu...
kau bukanlah untukku dan aku jua bukanlah untukmu...
aggaplah apa yang pernah kita lalui sebagai tanda kasihku yang tidak pernah padam untukmu...

No comments:
Post a Comment