Aku bukan sumayyahmu
suamiku,bunga semalam telah layu
gugur daripada jambangannya
mujur cinta dan perjuangan kita
mulutku kaku untuk merayu
hatiku malu untuk cemburu
tidak seperti dulu
kerana kini kau mujahid
yang rindu memburu syahid
maaf kiranya tutur dan tingkah laku
senyum dan seri wajah
pudar dan hanbar di matamu
padaku yang baru belajar
menjadi seorang mujahidah
aku kini hanya mendoakan
agar kau menjadi yassir
walau kiranya......bukan aku
sumayyahmu
dalam tangis ku cuba senyum ketika
kau bermusafir
sepertinya siti hajar
sewaktu ditinggalkan ibrahim
biar selalu kita berpisah
selalu derita kerap susah
kerana syurga menagih ujian berat
sedangkan neraka dipagari nikmat...

No comments:
Post a Comment