sudah kuatkah aku untuk menghadapi segala dugaan ini.. semakin aku tidak mengenali diri sendiri..siapakah aku yang sebenarnya..semakin aku cari, semakin aku temui jalan buntu..aku keliru..lemahnya diri ini..hanya airmata menemani setiap kesakitan..setiap kesalahanku diadili oleh mereka yang sama sekali tidak memahami diri ini malahan tak pernah cuba untuk faham apa yang tersirat dihatiku..mereka sewenangnya menghamburkan kata-kata nista dan hukuman..jika benar diri ini melakukan kesalahan, mengapa tidak cuba memperbetulkannya...

aku sedar selama ini aku terlalu mengharapkan seseorang untuk memahami diri ini..
aku terlalu naif untuk memahami erti kehidupan..baru kini ku sedar, sebanyak mana aku
meluahkan rasa hatiku, kemahuanku dan apa yang sedang membelengguku.,
aku takkan pernah berjaya menemui penyelesaian dan kedamaian..
kerna,,
aku berharap pada insan yang tak sempurna..
baru kini ku sedari dan yakin bahwa selama ini aku telah silap dalam menilai erti kehidupan..
aku mencari sesuatu kekosongan untuk memenuhi ruang hidupku..
tak pernah ku temui,,
tapi
hakikatnya yang aku cari adalah hidayah dari Allah..
aku diberi peluang untuk mencicip sedikit nur itu,..
aku bersyukur diberi peluang merasa hidayah itu tika aku sedang melayari bahtera sebagai seorang remaja,
sometimes
its better to be silent than to tell others what you feel
because
it will only hurt you when you know they can hear you
but
they can't understand you
ya Allah..kau kuatkan lah aku dalam menghadapi dugaan serta ujianmu, kuatkanlah aku yang baru sahaja
memulakan perjuanganku dalam bermujahadah..sepikan lah aku dari cinta duniawi yang akan menggoyahkan kekuatanku yang baru sahaja ku bina..
jadikan lah aku seorang remaja yang cinta dan kasihnya hanya untukmu dan agamamu,
berilah aku peluang untuk berjuang dijalanmu..
jadikan lah aku insan yang berilmu dan kuat agar suatu hari nanti aku bisa membela agamaku
yang tercinta ini..
berilah padaku serta teman seperjuanganku kekuatan serta redhamu..
kami lemah tanpa bimbingan darimu..
matikanlah kami sebagai serikandi agama dan syahidahmu..
la tahzan, inaallahamaana..Allah sentiasa disisiku..
oleh itu, aku harus kuat agar aku juga layak untuk berada disisi Allah..
jangan banyak bersedih didunia yang sementara ini..
bersedihlah kerna diri gagal mencari redha ilahi didunia yang sekejap ini..
bangunlah untuk terus berlari mengejar cintanya,.
setiap kesakitan adalah tanda bukti Cinta Allah yang agung..
kuatlah..jangan pernah berputus asa dari rahmatnya...


No comments:
Post a Comment